top of page

perkhidmatan kami

Apabila anda menderita dari masalah kesihatan yang tidak disangka-sangka, kecederaan atau hanya ingin mendapatkan khidmat nasihat kesihatan dan perubatan tanpa temujanji, kami ada disini menanti anda. Tim profesional kami yang terdiri dari doktor bertauliah dan perawat yang telah dilatih serta kakitangan sokongan akan menyabut anda dan segera memberi layanan perkhidmatan yang terbaik. Tidak kita ia melibatkan kes kecemasan ataupun tidak, kami bertekad untuk memberi layanan yang terbaik.

​

Kami ingin beri kepastian – komitmen kami adalah untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang untuk semua.

rawatan pesakit luar

Rawatan ini adalah rawatan biasa bagi pesakit-pesakit yang memerlukan rawatn segera bagi penyakit-penyakit akut. Ini termasuk masalah seperti demam, batuk, selsema, masalah kulit, jangkitan kuman dan sebagainya. Kes yang sebegini akan dievaluasi dan sekiranya memerlukan rawatan lanjuntan akan dirujuk ke hospital

pemeriksaan kesihatan

Kami menyediakan perkhidmatan

pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh. Pemeriksaan ini boleh di sesuaikan dengan keperluan semasa. Kebanyakan pemeriksaan kesihatan adalah untuk tujuan penyaringan bagi kemasukkan ke pusat pengajian tinggi atau kemasukan kerja. Pemeriksaan kesihatan juga dilakaukan untuk pekerja asing dan pengendali kenderaan serta makanan.

alat pengimejan

Bagi memastikan klinik kami memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan mampu berusaha kearah pendiagnosaan yang tepat, klinik kami menyediakan alat pengimejan bagi membantu proses ini. Kami mempunyai mesin X-RAY dan ULTRASOUND samaada 2D atau 4D. Dengan ada nya peralatan ini, ia sudah tentu akan membantu memberikan perkhidmatan dengan lebih baik.

imunisasi 

Terdapat dua jenis kategori imunisasi. Pertama adalah imunisasi bayi dan kanak-kanak yang mana ia adalah program mandatori dari Kementerian Kesihatan. Kedua adalah immunisasi bagi tujuan perjalanan ketempat endemik penyakit. Imunisasi untuk megerjakan haji dan umrah serta pengendalian makanan dilakukan disini.

pembedahan kecil

Doktor kami berkelayakan untuk menjalankan pembedahan kecil seperti membuang ketumbuhan kulit yang tidak berbahaya, mengeluarkan nanah dan bendasing dari kulit dan juga melakukan prosedure berkhatan menggunakan kaedah yang paling sesuai bagi memastikan proses penyembuhan yang cepat serta kos yang rendah

konsultasi kesihatan

Doktor kami boleh memberikan nasihat tentang kesihatan dengan mengambil kira latarbelakang pesakit dan keperluan-keperluan bagi memastikan kesihatan akan dipelihara sebaik mungkin. Kebanyakan masalah kesihatan hanya perlu dikendalikan dengan konsultasi sebegini.

kesihatan wanita

Klinik kami melakukan aktiviti khusus untuk wanita. Antara aktiviti tersebut adalah pemeriksaan antenatal (kandungan) dari awal kehamilan sehingga matang. Kami juga menyediakan perkhidmatan pemeriksaan pangkal rahim dan pemeriksaan payu dara bagi membuat penyaringan penyakit barah payudara serta pangkal rahim.

lawatan kerumah

Perkhidmatan ini ditujukan khusus kepada mereka yang tidak mampu bergerak akibat dari penyakit yang mereka alami. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan menghubungi kami di nombor yang tertera dan kami akan berusaha seupaya mungkin menghantar seorang doktor untuk membuat lawatan kerumah. Evaluasi dan rawatan boleh dilakukan secara bersemuka.

estetik dan healthy ageing

Perkhidmatan ini adalah perkhidmatan yang terbaru yang hanya dijalankan d cawangan Jalan  Paya. Pemeriksaan dan rawatan ini berdasarkan bukti saintifik dan bukan sekadar "KLINIK KECANTIKAN". Kami mengunakan kaedah personalization bagi setiap rawatan dan bergantung kepada masalah asal, kami berusaha untuk mengembalikan keaslian jasmani.

OUR CONTACT NUMBER YOU SHOULD REMEMBER
089767878
  • Facebook Long Shadow

Monday - Sunday    8:00 am - 10:00 pm*

( for KLOMPLEKS TANJUNG BRANCH)

© 2012 klinikfamili, No animals were harmed in the making.

bottom of page