value. ​quality care. convenience.
KLINIK PERUBATAN AM ESTETIK DAN RAWATAN ANTI PENUAAN
TAWAU SABAH
DOKTOR KAMI
Ini adalah senarai doktor kami yang sedia membantu anda dalam masalah kesihatan yang sedang anda alami. Hubungi mereka untuk mendapatkan temujanji

Dr. SAIFUZZAMAN HJ YUSOFF
Berkelulusan Doktor Perubatan daripada Universiti Sains Malaysia pada tahun 1989 dan menjalani ‘housemanship’ di Hospital Besar Kuala Terengganu. Kemudian, beliau telah berkhidmat di Hospital Tawau, Sabah sebagai Pegawai Perubatan. Melanjutkan pengajian dalam Perubatan Keluarga, dari ECU Australia, Occupational Health di NIOSH Malaysia dan Diploma Dermatology Bangkok. Sekarang mendalami Aesthetic and Anti Aging Medicine dibawah pengawasan Dr Thierry Hertogh dan Dr Anoop Chathurvedi.

Dr. VIVIANA OCTAVIA @ NURFATIN
Berkelulusan Doktor Perubatan daripada Universiti Sains Malaysia pada tahun 2006. Seterusnya beliau berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan sehingga 2008. Beliau juga telah berkhidmat di Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau pada tahun 2008 sehingga 2011. Kini beliau telah menyertai Klinik Famili pada 14 Januari 2011.
Bertanggungjawab : KLINIK FAMILI PAYA

DR SHAUN OMAR
​
Merupakan graduan Fakulti Perubatan daripada Universiti Malaya pada tahun 1993. Beliau memulakan ‘housemanship’ di Hospital Teluk Intan, Perak. Pada tahun berikutnya, beliau telah ditempatkan di Hospital Tawau sebagai Pegawai Perubatan di mana beliau pernah bertugas di beberapa bahagian seperti Bahagian Pesakit Luar, ENT, Medicine serta Obstetric & Gynaecology sehingga bulan Jun 1997. Kemudian beliau telah ditukarkan ke Hospital Tengku Rahimah, Klang sebagai Pegawai Perubatan khusus dalam bidang Obstetric & Gynaecology sehingga bulan Februari 1998. Beliau kembali semula ke Sabah dan menyertai Klinik Famili pada bulan Mac 1998
Bertanggungjawab : KLINIK FAMILI SABINDO SQUARE

DR SYED MUHAMMAD SYED ISMAIL
​
Menamatkan pengajian perubatan dan mendapat Ijazah Kedoktoran (M.D) dari Universiti Sains Malaysia pada Ogos 1989. Beliau menjalani ‘housemanship’ selama setahun di General Hospital Kuala Lumpur. Kemudian beliau dipertanggungjawapkan sebagai Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan Gemencheh. Pada Januari 1992, beliau berpindah ke Sabah dan bertugas sebagai Pegawai Perubatan Tentera 11 Armor Diraja, Kem Paradise Kota Belud sebelum berkhidmat di Rumah Sakit Tentera, Kem Lok Kawi Kota Kinabalu pada 1994.Beliau menamatkan perkhidmatan dengan tentera pada tahun 1996 untuk menyertai Poliklinik Permai Likas dan akhirnya menyertai Klinik Famili pada Februari 2010.
Bertanggungjawab : KLINIK FAMILI SABINDO

DR SUPARMAN TARAWE
​
Berkelulusan Doktor Perubatan daripada Universiti Sains Malaysia pada tahun 2003 dan menjalani ‘housemanship’ di Hospital Tawau dan seterusnya berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan sehingga tahun 2007. Beliau juga telah mengikuti pelbagai kursus & seminar CME yang diadakan samada diperingkat Hospital Tawau mahupun kebangsaan. Ia bukan sahaja berkaitan dengan perubatan tetapi juga mengenai budaya kerja, kualiti, kenegaraan dan sebagainya. Beliau telah menyertai Klinik Famili pada 14hb Disember 2007.
Bertanggungjawab : KLINIK FAMILI TANJUNG

DR MOHAMMAD NOOR HARRIS FADZILAH
​
Berkelulusan Doktor Perubatan daripada Universiti Sains Malaysia dan menjalankan ‘housemanship’ di Hospital Universiti Sains Malaysia sepanjang tahun 1995 – 1996. Beliau telah melibatkan diri dalam beberapa bidang perubatan. Kemudian beliau telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan dan Kesihatan di Pusat Kesihatan Kunak dan Klinik Kesihatan Balung. Beliau juga terlibat dalam program kesihatan masyarakat seperti Kawalan Tuberculosis, Kolera, Malaria dan Denggi. Beliau telah menyertai Klinik Famili pada bulan Mac 1999.
Bertanggungjawab : KLINIK FAMILI FAJAR